Powered by Jasper Roberts - Blog

Saturday, November 12, 2016

Keutamaan Solat Sunat (Sebelum) Fajr – Pahalanya dan Surah Yang Dibaca


Image result for solat sunat fajarKeutamaan Solat Sunat (Sebelum) Fajr – Pahalanya dan Surah Yang Dibaca
Assalamualaikum,

Pagi tadi semasa otw ke opis, mcm biasa jam 7.30am kompem tukar tune radio ke ikim FM. Kali ni ustaz membicarakan tentang salah satu kelebihan solat sebelum subuh atau solat fajr. Menurut ustaz, solat rawatib ini amat diutamakan oleh Rasulullah (s.a.w), iaitu solat rawatib/mengiringi Solat Subuh.(Solat Sunat Sebelum Solat Subuh)


Solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Fajr (atau Subuh) itu amat disukai oleh Rasulullah (s.a.w) dan beliau mengajak umatnya menjadikankan suatu ketetapan atau meruntinkan mengamalkannya, mensolatkannya tanpa lama dan kekal mengerjakannya dalam kehidupan sehari-harian

(a) Waktunya
Diriwayatkan hadith dari Nafi’ hadith dari Ibni Omar (r.a) bahawasanya Hafsah, ibu kpd orang iman, menceritakan kepadanya bahawasanya Rasulullah (s.a.w) ada dia ketika diam tukang azan (yakni, muazin) sudah selesai membaca azannya untuk solat Subuh dan telah jelas nampak fajr Subuh, solat dia (Nabi) dua rakaat solat sunat yang ringkas (atau diringkaskan) sebelum bahawa didirikan solat Subuh).) [Hadith Muslim]


Nota: Solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Subuh (satu solat rawatib) itu dikerjakan secara rengkas, yakni tidaklah membaca surah-suarh yang panjang, memadai surah-surah pendek supaya segera selesai. Namun ketertibannya dijaga, seperti cukup tamakninahnya dalam setiap rukunnya.]

(b)Sentiasa Diperhatikan Supaya Tidak Tetinggal
Menceritakan hdith oleh Ato’ hadith dari Ubaidi b. Umairin hadith dari Aisyah (r.ah) bahawasanya Nabi (s.a.w) tidak ada atas sesuatu dari solat sunah yang lebih tersangat menjaga darinya (oleh Rasulallah (s.a.w)) atas dua rakaat sebelum solat Subuh.’ [Hadith Muslim]

[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) sangat menjaga solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Subuh ini – tidak diremehkan atau ditinggalkannya. Ini menunjukkan betapa utamanya solat rawatin ini.]


(c)Pahalanya
Diriwayatkan hadith dari Qatadah hadith dari Zurarah b Aufa hadith dari Said b Hisyam hadith dari Aisyah hadith dari Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Rak’atal fajri khairun minad-dunya wa-ma fiha.’ (Yang bermaksud: Dua rakaat solat (sunat) sebelum Solat Fajr (ie. Subuh) itu lebih baik dari (nilainya dari nilai) dunia dan seisinya.) [Hadith Muslim, Kitab Solat]

[Nota: Jelaslah mengapa dalam hadith sebelum ini Aisyah (r.a) memberitahu bahawa Rasulullah (s.a.w) dalam hayatnya sentiasalah mempastikan bahawa dia tidak terlupa atau tertinggal mengerjakan solat (sunat) 2 rakaat sebelum Solat Subuh ini. Kerana pahala mengerjakannya hanya rakaat lebih utama pada Allah (a.w) dari nilai dunia dan segala yang ada di permukaaan dan di dalam perut dunia. Rugilah orang yang tahu (atau, diberitahu) begitu besar ganjaran pahalanya, tidak mengerjakannya. Bersolat setakat 3 minit dapat ganjaran dividen akhirat yang amat besar!]


d)Surah-surahnya
Menceritakan Marwan b ibnu Mua’wiyah hadith dari Yazid, iaitu Ibnu Kasyana hadith dari Abi Hazim hadith dari Abi Hurairah bahawasanya Rasulullah (s.a.w) membaca di dalam dua rakaat (solat sebelum) Fajr (Subuh) dengan (surah) ‘Qul ya aiyuhalla kafiruna’ (Surah al-Kafirun) dan ‘Qu huallahu ahad’ (Surah al-Ikhlas). [Hadith Muslim, Kitab Solat]

[Nota: Jelaslah dalam hadith ini ada surah yang khusus untuk solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Subuh – Surah al-Kafirun (pada rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (pada rakaat ke-2). Hadith ini bukanlah mentapkan bahawa hanya dua surah ini sahaja dibaca dan tidak boleh surah-surah lain, tapi, kalau kita baca dua surah sedemikian ini, kita mencontohi Rasulullah (s.a.w), maka pasti mendapat pahala sunahnya, selain pahala mengerjakannya.]

sumber: di sini

*tetapi menurut ustaz di dalam radio ikim tadi, kita disarankan membaca surah alam....rakaat pertama alam nasrah....rakaat kedua alam tarakai....

Ini kerana antara kelebihan melakukan solat sunat ini adalah Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:

"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".

Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:

"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."

Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.


Allahu Akhbar...Sebagai peringatan bersama, marilah kita sama² meluangkan sedikit masa untuk melakukan solat sunat Subuh ini.

No comments:

Post a Comment